Wanita ISMA yang diketuai oleh Ketua Wanita, merupakan sayap wanita bagi Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA). Ia diwujudkan bagi memimpin masyarakat dengan memperkasakan jati diri wanita untuk menyelamatkan ummah dan memartabatkan Islam. Wanita ISMA bercita-cita untuk menjadi gerakan Islam yang dikenali menjelang 2030.

Wanita ISMA dengan slogan terkini, “Perjuangan Bermula Dari Rumah” berusaha menonjolkan tokoh-tokoh wanita ISMA dalam memimpin pandangan masyarakat dalam isu-isu semasa yang melibatkan peranan wanita Islam. Wanita ISMA berhasrat mengajak NGO-NGO dan agensi wanita lain di Malaysia untuk bersama-sama mendidik kaum wanita bagi melahirkan masyarakat yang bertamadun dan sejahtera.